Friday, December 26, 2008

pantun perpisahan

hari ini menugal jagung,
hari esok menugal jelai;
hari ini kita berkampung,
hari esok kita bercerai.

dari mana hendak ke mana,
tinggi rumput ke padi;
hari mana bulan yang mana,
dapat kita bertemu lagi.

kelip-kelip kusangka api,
kalau api mana puntungnya;
hilang ghaib kusangka mati,
kalau mati mana kuburnya.

batang selasih permainan budak,
berdaun sehelai dimakan kuda;
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.

orang aceh sedang sembahyang,
hari jumaat tengah hari;
pergilah kasih pergilah sayang,
pandai-pandai menjaga diri.

mana manggung mana periaman,
mana batu kiliran taji;
tinggal kampung tinggal halaman,
tinggal tepian tempat mandi.

bintang barat terbit petang,
bintang timur terbit pagi;
jika tidak melarat panjang,
ada umur ketemu lagi.

permatang budi,1991

fajar bakti sdn.bhd

No comments:

Post a Comment